Macam-macam Sistem Ekonomi Di Dunia

Macam-Macam Sistem Ekonomi Di Dunia
Sistem ekonomi di dunia sangat bermacam-macam dari Sistem Ekonomi Tradisional yang mempertahankan tradisi yang telah terjadi secara turun temurun,dengan mengabaikan apa yang harus dilakukan dan untuk apa dilakukan,sampai SItem Ekonomi Liberal yang biasa disebut Free Fight Liberalism,yaitu suatu penerapan kehidupan ekonomi bebas. Tapi kali ini saya bukan akan menjelaskan tentang Sistem Ekonomi yang telah disebutkan diatas,melainkan menjalaskan tentang Sistem Ekonomi Kapitalisme,Komunisme dan Sosialisme.
Berikut penjelasnnya,semoga bermanfaat.

1. Kapitalisme : Merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sodoalisme.
Kapitalisme berasal dari kata "kapital" (bahasa inggris : capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mulai diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme.Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi modern bukan komunis.
Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di Inggris antara kurun ke-16 Masehi dan ke-19 Masehi. Walau bagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar pada Zaman Pertengan. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feodalime di Inggris, Kapitalisme merebak ke seluruh Eropa dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era peridustrian.
2. Komunisme : Adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh berbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalime dan warisan penjajahan dan nasionalisme.
3.  Sosialisme : Merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.
 Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britania. Beliau berkata bekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
 Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Alber Einsten,Ho Chi Minh dan John Lennon.